Make your own free website on Tripod.com
 

Aktiviti 5 Anggerik 98
 

Ruangan ini memaparkan kisah tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh para pelajar 5 Anggerik sepanjang tahun 1998.
 

Hari pertama persekolahan seisi 1998

Tarikh : 6/1/1998

Semua pelajar 4 Anggerik 1997 layak ke Tingkatan 5 Anggerik. Kelas 5A
diserikan lagi dengan kemasukan beberapa muka baru.
 
 

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak
 

Tarikh : Ogos

Pasukan bola sepak 5A telah megadakan perlawanan ujian di Padang Bola Sepak
Seksyen 8. 5 Anggerik FC turun menentang pasukan muda dari seksyen 8
yng rata-ratanya berumur 13 tahun. Pasukan 5 Anggerik yng nyata gugup
tewas dengan jaringan 9-5. Gol-gol dijaringkan oleh Ridzam, Ronnie, Izree dan
Nantha (2 gol). Sungguhpun kalah pasukan 5A gembira kerana buat julung kalinya
warga 5A dapat bermain bola sepak bersama-sama di luar kawasan sekolah. Terima kasih kepada Amir yng telah menyusun perlawan tersebut. Perlawanan turut berakhir dengan tragedi apabila seorang pemain kehilangan cermin mata yng pecah
setelah melakukan flying header.
 

Gotong Royong 5 Anggerik
 

Tarikh : Januari, April & Oktober

Pelajar-pelajar 5 Anggerik telah mengadakan 3 seisi gotong royong bagi membersihkan kelas & tandas milik 5A. Segalanya berjalan lancar kecuali
gotong royong yng terakhir di mana kelas akhirnya bertukar menjadi gelanggang hoki ais.
 

Kejohanan Bola Keranjang ala Pra-Komanwel
 

Tarikh : 12 September 1998

Kelas 5 Anggerik dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan Karipap yng diketuai Izree dan pasukan Inter-Neuron yng diketuai Azuan. Pasukan Inter-Neuron melakukan beberapa kejutan besar termasuk mengalahkan pasukan
2 Pac sebelum tunduk kepada kehebatan pasukan Karipap di separuh akhir. Pasukan karipap memenangi kejohanan ini dengan mudah. Satu lagi kejayaan untuk 5 Anggerik.
 

Kelas Terbersih

Tarikh : 1998

Kelas 5 Anggerik dengan bangganya menerima anugerah kelas terbersih tahunan bagi tahun 1998. Warga 5A yng dikemudi oleh ketua kebersihan , Ahamd Syahidan telah memenangi anugerah ini hampir setiap minggu. Syabas 5 A
 

Jamuan Akhir Tahun
 

Tarikh : 10/12/1998

Jamuan ini telah diadakan di Hotel Radisson Shah Alam. Majlis ini berjalan meriah dengan kehadiran hampir kesemua pelajar & guru termasuk beberapa orang jemputan khas. Majlis ini juga menjadi penutup tirai Tingkatan 5 Anggerik 1998
yng penuh dengan kejayaan. Sekali lagi terima kasih kepada Amir, Izree & Omar yng menjayakan majlis ini. Pada penghujung jamuan ini, king & queen of the night diumumkan. King of the night dimenangi oleh Amir manakala queen dimenangi oleh Mardhiah. Majlis yng bermula agak lewat kerana beberapa pelajar sampai lewat berakhir dengan nyanyian dan seisi bergambar kira-kira jam 11 45 tgh malam.