Make your own free website on Tripod.com
Tajuk Lisan 52

Penyakit Berbahaya

SKOP A
Jenis-² Penyakit

(a)Penyakit berbahaya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:-
     Penyakit Berjangkit
     Penyakit tidak Berjangkit

Penyakit Berjangkit

+ tibi,taun,jerawat,konjunktivitis,penyakit kelamin seperti gonorea,herpes dan sifilis
#disebabkan oleh bakteria

+ selsema,demam denggi,hepatitis,demam campak,rubela,beguk,AIDS dan polio
#disebabkan oleh virus

+ kurap dan panau
#disebabkan oleh kulat

Penyakit Tidak Berjangkit

+penyakit jantung,tekanan darah tinggi,strok,penyakit barah,penyakit sendi,penyakit
  kencing manis dan penyakit tiroid
#disebabkan oleh gangguan tisu dan organ dalam badan manusia

+biri-biri,riket,skurvi,goiter,kwasyiorkor,xeroftalmia,penyakit malnutrisi
#disebabkan oleh ketidakseimbangan nutrisi dan kekurangan zat makanan

+katarak,penyakit barah peparu,penyakit barah kulit,penyakit kardiovaskular
#disebabkan oleh jenis pekerjaan dan suasana persekitaran yang buruk seperti sinaran UV
  dan sebagainya

+penyakit jantung,tekanan darah tinggi,barah peparu,barah mulut,ulser perut,penyakit
  bronkitis,penyakit kardiovaskular
#disebabkan oleh pengaruh kegiatan sosial seperti pengambilan alkohol,rokok,dadah dan
  sebagainya

+sakit perut,pening kepala,penyakit mental
#disebabkan oleh emosi dan perasaan seseorang

+penyakit kencing manis,penyakit jantung,penyakit jiwa
#sesetengah situasi penyakit berkenaan diwarisi ahli keluarga dari semasa ke semasa

 

SKOP B
Cara-² Mencegah

Pihak kerajaan
- menyediakan perkhidmatan kesihatan dan infrastruktur yang secukupnya dalam mencegah
  dan mengawal penyakit berbahaya.
  Cth: Kementerian Kesihatan boleh mengadakan program suntikan percuma dan ceramah
           tentang kepentingan kesihatan serta menyediakan lebih banyak pusat perubatan
           terutamanya di kawasan luar bandar.

- menjalankan lebih banyak penyelidikan tentang punca-² penyakit berbahaya dan berusaha
  mencari jalan penyelesaian untuk mencegah penyakit berbahaya.
  Cth: Institusi Penyelidikan Perubatan boleh membuat kajian dan mencari jalan untuk
           mencegah penyakit yang berjangkit bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pihak swasta
- membantu kerajaan dalam menyiarkan maklumat yang berkaitan dengan langkah
  pencegahan penyakit berbahaya.
  Cth: Syarikat media massa seperti station radio dan televisyen harus menyiarkan iklan
           tentang  kawalan dan pencegahan penyakit berbahaya.
 

Masyarakat
- mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat misalnya sayur-sayuran hijau,ikan dan
  buah-buahan segar.

-mengurangkan pengambilan makanan yang memudaratkan kesihatan manusia seperti
 makanan berkolestrol tinggi dan kandungan gula yang tinggi.

-mengamalkan senaman dan kerajinan menjalankan aktiviti-² rekreasi.

-menjauhkan amalan yang tidak sihat seperti menghisap rokok,alkohol,menagih dadah dan
 dan hubungan seks secara rambang.

-menjaga kebersihan diri,tempat tinggal dan persekitaran.
 

SKOP C
Punca-² berlakunya penyakit berbahaya

-jangkitan kuman seperti bakteria,virus dan kulat
-gangguan pada tisu dan organ manusia
-jenis pekerjaan dan suasana persekitaran
-pengaruh kegiatan sosial
-ketidakseimbangan zat makanan
-emosi dan perasaan seseorang atau keadaan jiwa yang tertekan
-diwarisi oleh ahli keluarga

-Hakcipta Terpelihara-
mouse² unlimited(tuckilium)
 

tuckilium@hotbot.com